Pada mulanya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kita, Encik Nasrol Hadi bin Ahmad Syukri. Beliau amat peramah dan bersabar dalam sepanjang pengajarannya. Ini disebabkan saya selalu tidak berapa faham pesanan atau soalan yang disampaikan oleh Encik Nasrol, maka saya selalu bertanya beliau selepas kelas, tetapi Encik Nasrul tetap sabar menyampaikan pesanannya sekali lagi kepada saya supaya saya dapat memahami.
Tambahan pula, dalam kelas pengantar penulisan ini saya telah mendapat banyak ilmu daripada Encik Nasrol. Pelbagai ilmu ini melibatkan konsep penulisan, kepentingan bahasa dalam penulisan, penggunaan kata dan sebagainya. Selain itu, tugasan yang diberikan tidak membebankan kita dan dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. Terutamanya Encik Nasrol tetap sabar dan lemah-lembut untuk membaiki kesilapan bahasa saya dalam penulisan dan sebagainya.
Suasana dalam kelas pengantar penulisan ini amat seronok dan tidak bosan kerana Encik Nasrol pandai menarik minat kita dan berinteraksi dalam kelas. Pada akhirnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas tunjuk ajar Encik Nasrol sepanjang sesi pembelajaran ini. o(^.^)o
Tiada ulasan:
Catat Ulasan