Soalan 1:
Apakah kepentingan memahami peraturan berbahasa dalam menulis?
Peraturan yang diwujudkan dalam proses menulis dapat mengawal penulis supaya dapat menyampailan mesejnya dengan lebih tepat dan menimbulkan makna kepada pembaca. Peraturan juga dapat menjamin penulisan tidak bersifat bebas sehingga boleh mengakibatkan salah faham pada maklumat atau mesej yang disalurkan melalui tulisan. Keberkesanan peraturan dalam menulis jelas terdapat dalam penulisan berformat serta penulisan kreatif. Peraturan dan prosedur penulisan dianggap penting supaya hasil tulisan itu dapat dipertanggungjawabkan.
Soalan 2:
Perluan kesemua genre penulisan mematuhi peraturan berbahasa?
Pada pendapat saya, semua genre penulisan perlulah mematuhi peraturan berbahasa. Dengan melalui penulisan, pelajar dapat merasakan pentingnya kemahiran itu dikuasai menerusi pembelajaran secara formal. Kemahiran dalam penulisan memerlukan penulisnya menguasai kaedah yang begitu berkesan supaya penyampaian mesej atau maklumat dapat dibuat tanpa sebarang halangan komunikasi. Proses memberikan kefahaman kepada pembaca menjadi lebih baik apabila penulis menunjukkan penguasaan yang mendalam dalam bidang penulisan secara lebih sistematik.
Soalan 3:
Adalah bahan-bahan penulisan kini mematuhi peraturan berbahasa?
Dengan pemerhatian saya, bahan-bahan penulisan kini kurang mematuhi peraturan berbahasa. Kebanyakan bahan-bahan penulisan kini ditulis dengan berbahasa yang menarik, bercampur (bahasa rojak) serta senang faham, semata-mata untuk menarik mata para pembaca sahaja tanpa mengingatkan betapa keindahannya bahasa.
Ini bukan hanya berlaku pada bahasa dalam novel, lirik-lirik lagu, dialog filem namun dengan bahasa mesej yang dihantar melalui telefon bimbit. Kita selalunya dapat membaca perkataan-perkataan yang dihantar oleh kawan dengan secara ringkas seperti:
X = tidak
X) = senyum
T T = menangis
ki / pi = pergi
syg = sayang
Walaupun perkataan di atas ringkas dan senang difahami, tetapi semakin lama kita mengguna, semakin kita melupakan betapa kecantikan maksud asalnya bahasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan